Tuesday, 7 February 2017

Hari Debat Antara Presiden ILP Perai

 Kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis iaitu Cik Faizul Afzan....
3 Calon presiden sedang membentangkan manifiesto parti masing-masing...

Sesi Perkenalan .

MINGGU KEDUA BERKEMPEN .
Sesi perkenalan calon-calon umum bersama dengan pelajar-pelajar teknologi komputer sistem (tks) pada perhimpunan harian .

Sunday, 5 February 2017

Aktiviti Parti Proaktif

Cipta Logo Parti Proaktif

Minggu pertama kami dah bincang dan mula cetuskan idea untuk cipta logo parti kami.. Dengan gabungan idea semua ahli.. Terciptalah satu tagline parti proaktif "Transformasi Harapan Mahasiswa" membawa agenda calon presiden kami Ahmad Zakwan dimana manifesto keseluruhan kumpulan membangkitkan isu hak asasi dan kebajikan mahasiswa ILP Perai.. Walaupun setiap calon berlainan kursus kami sentiasa berhubung melalui group whatsapp.. Apa saja pergerakan ahli kami akan update dalam group dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari sifu kami En Faizul Afzan.. Apa saja isu yg kami bincangkan akan diberi sentuhan akhir oleh sifu kami..

#editor
#hafizuddinsayuti
#hery(cong)

Wednesday, 25 January 2017

Pilihan Raya Kampus!!

Apa itu Pilihan Raya Kampus..

PRK stands for Pilihan Raya Kampus. PRK merupakan satu platform di mana calon2 yg berhasrat untuk memegang kerusi kepimpinan MPP( Majlis Perwakilan Pelajar) bertanding melalui proses pilihan raya. Secara ringkasnya, anda dikehendaki untuk mengundi calon2 yang telah lulus untuk bertanding. Tetapi harus diingatkan, bukan senang2 suka2 kita nak undi mana2 calon. Kita bukan BUDAK SEKOLAH lagi. Mahasiswa yang matang dan berintelek haruslah mengenali siapa calon2 yang harus diundi. Di sinilah fungsi rapat umum diadakan, di mana calon2 akan memperkenalkan diri dan membentangkan manifesto masing2. Dan, kita harus ingat, manifesto yang dibentangkan merupakan matlamat mereka. Jika anda yakin pada seseorang calon tersebut, berilah sokongan untuk mereka berusaha menjadikan manifesto itu satu realiti. USAHA yang dinilai ALLAH , adalah dengan hati yang ikhlas. Pilihlah calon yang mampu membawa anda ke arah yang lebih baik, dengan cara yang betul. Kepada para senior, rajin2lah explain kepada warga kampus mengenai pilihan raya kampus ni. Masih ramai yang kabur tentang PRK dan kepentingannya. Masa kita tak banyak,  hari  pengundian akan berlangsung kurang dari 2 minggu. Semoga pimpinan MPP pada kali ini mampu menjadi peneraju ummat, penyambung perjuangan para nabi dan rasul. Tujuan kita yang utama masih satu, walau dari kumpulan mana pun kita berada, semoga kalimah Allah menjadi paksi pucuk pimpinan yang akan datang. InsyaALLAH.
::coretan ditujukan khas pada mereka yg masih samar2 tentang apa yang berlaku di kampus ILP PERAI ketika ini. Turun rapat umum dan lihat sendiri calon anda. Sekian. Wallahualam.

" TRANSFORMASI HARAPAN MAHASISWA "



Tuesday, 24 January 2017